Bila Paderi
Terpaksa Membuka Rahsia...
Ada seorang
pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda
ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama
Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang
jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang
Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t.
memberinya hidayah masuk Islam.
Pada suatu
hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan
melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu
meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun
kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk
ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana
kebiasaan mereka.
Ketika paderi
masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali
duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin
dan berkata, ‘Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari
sini.’ Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut
mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari
tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, ‘Aku minta dia keluar dari sini
dan aku menjamin keselamatannya.’ Barulah pemuda ini beranjak keluar.
Di ambang
pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, ‘Bagaimana anda tahu bahawa saya
seorang Muslim?’Paderi itu menjawab, ‘Dari tanda yang terdapat di wajahmu.’
Kemudian dia
beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini
dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda
tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima
tentangan debat tersebut.
Paderi
berkata, ‘Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus
menjawabnya dengan tepat. ‘ Si pemuda tersenyum dan berkata, ‘Silakan!’
Sang paderi
pun mulai bertanya, ‘Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya,
tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya,
enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada lapannya, lapan yang tiada
sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,
sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas
yang tiada empat belasnya.’
‘Sebutkan
sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan
kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam
syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!’
‘Siapakah
yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara
dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu
dan siapakah yang terpelihara dari batu?’
‘Sebutkan
sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai
12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3
di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?’ Mendengar pertanyaan
tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.
Setelah
membaca ‘Bismillah…’ dia berkata,
- Satu yang
tiada duanya ialah Allah s.w.t..
- Dua yang
tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan Kami jadikan
malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).’
(Al-Isra’:
12).
- Tiga yang
tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir
menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan
kembali dinding yang hampir roboh.
- Empat yang
tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.
- Lima yang
tiada enamnya ialah Solat lima waktu.
- Enam yang
tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.
- Tujuh yang
tiada lapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, ‘Yang
telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat
pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.’
(Al-Mulk: 3).
- Lapan yang
tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t.
berfirman, ‘Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada
hari itu delapan orang malaikat menjunjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala)
mereka.’
(Al-Haqah:
17).
- Sembilan
yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu:
tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu
dan belalang.*
- Sesuatu
yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, ‘Barang
siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.’
(Al-An’am:
160).
- Sebelas
yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf
- Dua belas
yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman
Allah, ‘Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami
berfirman, ‘Pukullah batu itu dengan tongkatmu.’ Lalu memancarlah daripadanya
dua belas mata air.’
(Al-Baqarah:
60).
- Tiga belas
yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah
dan ibunya.
- Adapun
sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah
s.w.t. berfirman, ‘Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.’
(At-Takwir:
18).
- Kuburan
yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
- Mereka yang
berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni
ketika mereka berkata kepada ayahnya, ‘Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi
berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia
dimakan serigala.’ Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka,
‘Tak ada cercaan
terhadap kamu
semua.’ Dan ayah mereka Ya’qub berkata, ‘Aku akan memohonkan ampun bagimu
kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’
(Yusuf:98)
- Sesuatu
yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t.
berfirman, ‘Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.’
(Luqman: 19).
- Makhluk
yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi
Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
- Makhluk
yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal
dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim.. Allah s.w.t. berfirman,
‘Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim..’
(Al-Anbiya’:69).
- Makhluk
yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah
tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni
gua).
- Sesuatu
yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita,
sebagaimana firman Allah s.w.t. ‘Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu
sangatlah besar.’ (Yusuf: 28).
- Adapun
pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun
mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari
maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan
Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di
siang hari.
Paderi dan
para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian
dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada
paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh
paderi.
Pemuda ini
berkata, ‘Apakah kunci syurga itu?’
Mendengar
pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa
wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak
berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab
pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.
Mereka
berkata, ‘Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia
jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu
menjawabnya!’
Paderi
tersebut berkata, ‘Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian
marah.’
Mereka
menjawab, ‘Kami akan jamin keselamatan anda. ‘
Paderi pun
berkata, ‘Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa Asyhadu Anna
Muhammadar Rasulullah. ‘
Lantas paderi
dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh
Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui
tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.
NOTA: Ini
adalah artikel sulung dari qasha dan merupakan sebuah artikel yang cukup bagus.
Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi kandungan Al-Qur’an
bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab pertanyaan orang-orang
kafir.
Saya pernah
membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahu bahawa Kunci
Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu (kononnya) apabila nazak
seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimah itu ke telinganya
dengan harapan dia akan mati dalam Islam. Saya tidak pasti sama ada dakwaan ini
(membisikkan ke telinga
orang nazak)
benar atau tidak. Namun saya pasti ahli kitab Kristian tahu bahawa Kunci Syurga
adalah Dua Kalimah Syahadah. Cuma, mereka tidak mahu mengaku (kebenaran Islam)
kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan duniawi.
Wallahua’lam
No comments:
Post a Comment